Sukan Hari Ini

Belgium tekad ke pentas akhir

BELGIUM mula menyimpan angan-angan untuk melangkah ke final Euro 2016 selepas mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Hungary di pentas 16 terbaik.

Ini diakui pemain tengahnya, Kevin de Bruyne yang tampil cemerlang dalam aksi pagi semalam apabila mencipta dua assist untuk gol pertama dan keempat The Red Devils jaringan Toby Alderweireld dan Eden Hazard.

“Saya yakin Belgium mampu melangkah ke pusingan akhir. Kami perlu kekal fokus untuk menghadapi laluan menuju ke final Euro 2016.

“Kami sudah memasuki peringkat suku akhir. Hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk menggenggam Piala Eropah dan saya yakin kami mampu lakukan walaupun lawan selepas ini bukan mudah untuk kami,” ujar De Bruyne.

Di pusingan suku akhir, Belgium akan bertemu Wales yang menundukkan Ireland Utara 1-0 di pusingan kalah mati dan De Bruyne menyatakan keterujaannya menjelang perlawanan itu.

“Saya tak sabar untuk menghadapi Wales di pusingan suku akhir nanti. Wales sudah tampil cemerlang dalam kejuaraan ini dan layak sampai ke tahap ini. Tetapi harus ingat, kami tidak sesekali akan menjadi lawan yang mudah buat mereka,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");