Sukan Hari Ini

Belgium tetap waspada

PEMAIN tengah Belgium, Radja Nainggolan tetap waspada terhadap ancaman Hungary menjelang aksi kalah mati kedua-dua pasukan di pentas Euro 2016, awal pagi esok.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu yakin Belgium memiliki senjata lebih ampuh untuk menewaskan pasukan kerdil itu nanti.

“Kami akan menentang juara Kumpulan F yang hampir mengejutkan Portugal. Kita mungkin pilihan, tapi pasukan kerdil seperti mereka memiliki kemampuan untuk bersaing.

“Kami tidak boleh memandang mudah kemampuan lawan. Kami perlu mempamerkan gaya permainan bertenaga pada setiap perlawanan,” katanya.

Mengulas mengenai kekuatan lawan, Nainggolan mengakui dia tidak mengetahui secara terperinci kekuatan yang dimiliki oleh jentera Hungary.

“Sejujurnya, saya tidak cukup mengenali pemain mereka.

“Perkara yang penting adalah kami pamerkan kemampuan sebenar dan berusaha menewaskan mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");