Sukan Hari Ini

Bernhardt yakin 100%

Melaka: Pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt yakin anak buahnya bakal mengisi slot final Piala Negara-Negara dengan menumbangkan pasukan Bawah 21 (B-21) Singapura dalam aksi pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam esok.

Keyakinan 100 peratus pengendali dari Jerman itu lahir selepas melihat kesungguhan dan peningkatan permainan anak buahnya dalam latihan sejak minggu lalu.

Jelasnya, kesemua barisan pemainnya bukan saja sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, malah mempunyai tahap keyakinan tinggi bagi menentang Singapura di gelanggang sendiri nanti.

“Kita mempunyai barisan pertahanan dan penyerang yang sudah cukup bersedia untuk menentang Singapura. Pemain menunjukkan peningkatan dari hari ke hari dan ia amat baik buat pasukan.

“Saya mengharapkan kemenangan berdasarkan kebolehan pemain serta kelebihan beraksi di laman sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Hang Tuah, di sini, semalam.

Pada edisi pertama ini, Malaysia yang tampil selaku pasukan tuan rumah akan memulakan kempen bertemu Singapura dengan B-21 Thailand akan menentang B-21 Vietnam.

Pemenang pertemuan itu akan melangkah ke final yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

“Kita mempunyai kelebihan dari segi peluang beraksi di tempat sendiri. Aksi terbaik akan dipamerkan bagi memastikan matlamat ke pentas final menjadi kenyataan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");