Berita Hari Ini

Bina jati diri guru

Putrajaya: Semangat patriotisme dalam kalangan guru akan terus dipertingkatkan menerusi Program Guru Pembina Negara Bangsa yang julung kali diadakan membabitkan 20,293 guru yang sudah berkhidmat dalam tahun keempat dan kelima perkhidmatan.

Program berkenaan yang dijangka bermula selepas Aidilfitri ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi Nota Kerjasama Program Guru Pembina Negara Bangsa yang ditandatangani semalam.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia dilaksanakan kerana pihaknya mahu membina jati diri dan patriotik dalam kalangan guru selain menyuntik semangat perpaduan kerana ia juga membabitkan guru pelbagai kaum.

“Modul yang akan digunakan dalam program berkenaan turut bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh guru.

“Pihak BTN mempunyai fasiliti dan kemudahan bagi menjalankan program ini termasuk tempat penginapan (asrama) serta dewan yang sesuai bagi melaksanakannya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Program Guru Pembina Negara Bangsa di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

Pada majlis semalam, Mahdzir dan Azalina menyaksikan Nota Kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof serta Ketua Pengarah BTN Datuk Ibrahim Saad.

Menerusi program itu, BTN sebagai agensi kerajaan berperanan untuk meningkatkan semangat patriotisme kepada negara, menyampaikan dasar kerajaan, memberi kesedaran mengenai isu semasa serta meningkatkan nilai murni dalam kalangan rakyat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");