Perak Hari Ini

Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Pada Singki

IPOH: Pihak Bomba dan Penyelamat bahagian Meru Raya Perak berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terletak kepalanya pada bahagian singki yang terpakai di sini hari ini.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihak Bomba sekitar jam 5.16 petang tadi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati seekor kucing telah terlekat di bahagian kepala di tempat singki yang tidak lagi digunakan,” katanya.

Tambah sumber lagi, pihak penyelamat telah bertindak menggunakan pelincir untuk mengeluarkan kepala kucing tersebut daripada lubang singki itu.

Operasi menyelamat tamat sekitar jam 5.39 petang sebentar tadi.

IMG-20160629-WA0008

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");