Jenayah

Bookie EURO 2016 dicekup

KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium mewah di Jalan Kia Peng, di sini, digempur polis tengah malam tadi, selepas dikesan menjalankan aktiviti pertaruhan secara dalam talian perlawanan bola sepak EURO 2016.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap, D7 Bukit Aman dan Kuala Lumpur itu, sembilan lelaki berusia antara 21 hingga 36 tahun yang mengendalikan proses pertaruhan ditahan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata sindiket terbabit dilaporkan baru berpindah dari Pulau Pinang ke ibu negara Jumaat lalu, bagi mengelak kegiatan mereka dihidu polis.

“Sindiket seperti ini menggunakan pelbagai taktik termasuk mewujudkan pusat operasi mereka dalam unit kondominium mewah yang dilengkapi kawalan keselamatan ketat.

“Namun, aktiviti mereka dapat dikesan selepas menawarkan pertaruhan EURO 2016 dalam laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApp dan WeChat,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, awal pagi tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati sindiket terbabit menawarkan kadar minimum serendah RM50 sehingga RM5,000 bagi setiap pertaruhan oleh pelanggan mereka.

“Dalam operasi ini, kita merampas dua komputer, empat komputer riba, tujuh telefon bimbit dan tiga helai kertas mengandungi catatan pertaruhan.

“Laman web yang dikenal pasti adalah 96bet.com yang banyak dikesan dalam serbuan ke atas pertaruhan bola sepak EURO 2016,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168731

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");