Berita Hari Ini

Brexit: Pelajar Malaysia Di Britain Luah Kebimbangan

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Britain dibelenggu kebimbangan mengenai nasib mereka selepas rakyat United Kingdom (UK) mengundi mahu meninggalkan Kesatuan Eropah (Brexit).

Namun apa yang pasti, kejatuhan kadar mata wang pound ke paras terendah dalam tempoh tiga dekad menyebabkan graduan Malaysia di Britain mengambil kesempatan membuat tukaran mata wang.

Mohammed Iman Karim yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Psikologi Sosial dan Organisasi di London School of Economics and Political Science bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai nasib mereka.

Apa yang lebih membimbangkan pelajar berusia 24 tahun itu adalah kemudahan perjalanan.

“Sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU), salah satu daripada kelebihan mengikut pengajian di UK adalah perjalanan ke negara jiran di Eropah dengan mudah terutamanya kerana tiket penerbangan tambang murah dan entri visa percuma.

“Saya takut mungkin berlaku perubahan selepas ini (Brexit),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana, Yeo Ling Mien, 29, berkata kebanyakan rakyat Malaysia yang mendaftar untuk mengundi dikejutkan dengan keputusan referendum tersebut.

“Mereka yang tidak boleh mengundi juga terkejut. Orang yang saya kenal juga kecewa dengan keputusan itu,” dakwa Yeo.

Migran dari 54 negara Komanwel termasuk Malaysia boleh menyertai daftar pemilih British termasuk mengundi untuk Brexit selagi mereka tinggal di Britain.

Yeo yang berhenti kerja untuk melanjutkan pengajiannya dan mempunyai gadai janji untuk dibayar berkata dia terpaksa melakukan kerja sambilan untuk mengurangkan beban kewangannya.

“Kadar mata wang British menjunam teruk. Ini bermaksud saya perlu bekerja lebih untuk membayar jumlah yang sama di Malaysia,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");