Sukan Hari Ini

Chile kekal kejuaraan Copa America

PENYANDANG juara, Chile sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila mengekalkan kejuaraan Copa America Centenario bagi tahun kedua berturut-turut selepas menewaskan Argentina 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kegagalan kapten Argentina, Lionel Messi dan pemain tengah, Lucas Biglia menyempurnakan sepakan penalti memberikan La Roja kejuaraan kedua mereka sejak pertandingan itu dianjurkan pada 1916.

Sepakan penalti Chile berjaya disempurnakan Nery Castillo, Charles Aranguiz, Jean Beausejour dan Francisco Silva sementara Arturo Vidal menjadi pemain tunggal pasukan yang gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Kejayaan berkenaan begitu manis kepada pengendalinya Antonio Juaz Pizzi yang baru membimbing Chile awal tahun ini.

“Ini kemenangan terbesar dalam sejarah karier saya dan saya meraikan kemenangan ini bersama pemain.

“Saya dapat lihat semua pihak begitu gembira. Pemain gembira, penyokong gembira dan ia menjadikan saya bertambah gembira dan terharu,” ujar Pizzi.

Lebih manis lagi buat Chile apabila Eduardo Vargas muncul pemenang but emas selepas menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan ini.

Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez pula muncul pemenang anugerah bola emas selepas diangkat sebagai pemain terbaik dan Claudio Bravo pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan berkenaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");