Panasnya Hari Ini

DAP Diminta Cermin Diri Sendiri- Nik Abduh

KUALA LUMPUR:Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, menyelar DAP supaya mencermin diri sendiri sebelum menuduh PAS sebagai bongkak dan angkuh.

Memetik sumber Berita Harian, kritikan murahan dilemparkan DAP itu ibarat ‘meludah ke langit, jatuh menimpa muka sendiri’.

“Saya nak beritahu DAP bahawa mereka yang sombong sampai tak tahu diri sendiri angkuh, sebaliknya tuding jari kepada saya.

“Ketika kita bersama dulu (dalam pakatan pembangkang), siapa yang memulakan serangan terhadap Presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang) kalau bukan DAP.

“Siapa yang pecahkan ahli PAS sampai ada yang ‘mabuk’ dan pindah tubuhkan AMANAH (Parti Amanah Negara). Ini semua angkara DAP yang bagi ‘arak’ kepada mereka (bekas ahli PAS) sampai masuk AMANAH,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu Kelantan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu telah dikecam dan dilabel sombong kerana mencadangkan kepemimpinan PAS mengkaji semula kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada bekas sekutu dalam pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum lalu.

Mengulas berhubung persoalan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah, Nik Abduh memberi amaran kepada DAP supaya jangan cuba bermain api.

“Ini adalah untuk kepentingan dan manfaat orang Islam, tiada kena-mengena dengan penganut agama lain di negara ini.

“DAP jangan cuba nak main api, putar belitkan isu, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");