Perak Hari Ini

DAP Perlu Imbau Sejarah, Siapa Mula Buat ‘Kacau’

KUALA KANGSAR: PAS menasihati DAP supaya mengimbau semula sejarah untuk menilai sikap dan tindak tanduk parti itu sebelum ini sebelum melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap PAS.

Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad antara kepincangan yang berlaku ketika di Sarawak apabila DAP sarawak memutuskan hubungan dengan PAS.

“Saya hormat (Lim Kit Siang) sebagai ahli politik tapi kita perlu melihat kepada sejarah siapa yang membuat kacau.

“Bermula di Sarawak kononnya jika PAS bersama Pakatan rakyat Sarawak menyebabkan gagal untuk menang di Sarawak,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sikap DAP sendiri yang hanya ingin berkawan dengan PAS tetapi enggan berkawan dengan kepimpinan dan Presiden PAS juga merupakan tindakan yang cukup pelik.

“Mana boleh ingin mengorat anak, bapa tak nak berkawan… mana boleh… tapi PAS tetap bersabar.

“Tolong tengok sejarah kembali… Masuk dalam PAS tapi tidak mampu untuk duduk dalam PAS,” katanya.

Jelasnya lagi, PAS tidak berhadapan masalah untuk berkomunikasi dengan golongan bukan Islam.

“Kita cuba bawakan kefahaman mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 malah sekitar Kuala Kangsar dan 84 peratus penduduk setuju dengan RUU,” katanya.

Jelasnya lagi, ia hanya sekadar senario politik malah tidak septutnya jika DAP tidak setuju parti PAS juga perlu turut tidak bersetuju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");