Berita Hari Ini

Dapat maklumat salah punca vaksin digeruni

SHAH ALAM – Keengganan segelintir ibu bapa mengambil suntikan vaksin untuk anak masing-masing adalah kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai keperluan dan kebaikannya, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr John Chew Chee Ming.

“Saya percaya hanya sebahagian kecil sahaja ibu bapa yang enggan mengambil vaksin untuk anak mereka kerana mereka telah menerima atau membaca maklumat salah yang diviralkan terutamanya dalam media sosial.

“Ibu bapa yang fikir anak mereka tidak perlu vaksin kerana antibodi semula jadi adalah normal dan lebih baik juga adalah salah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, demam campak atau cacar air selalunya dianggap sebagai jangkitan biasa ketika zaman kanak-kanak di mana ketika mereka masih belum mendapat sebarang suntikan imunisasi.

“Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit boleh menjadi lebih teruk dan lebih malang ia mengancam nyawa dan menyebabkan komplikasi dalam jangka masa panjang.

“Dalam situasi ini, doktor serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang perubatan perlu main peranan untuk beri penjelasan terbaik melalui pujukan dan pendidikan kepada orang ramai,” katanya.

Katanya, jika ia masih mendapat tentangan dan berlaku pelbagai pertikaian sedangkan ia amat penting bagi mengelak penyakit berisiko, undang-undang mewajibkan suntikan vaksin ke atas rakyat Malaysia perlu dibuat.

Bekas Presiden MMA, Dr Ashok Philip berpendapat pendidikan berkenaan kepentingan suntikan vaksin amat perlu bagi mengelak kekeliruan berpunca hanya daripada salah faham.

“Banyak maklumat salah disebarkan, jadi ada yang keliru.

“Ada kes yang berlaku dikaitkan dengan suntikan vaksin, namun ia bukan berpunca daripada vaksin. Bagi mendapat penjelasan yang tepat, ia harus dirujuk kepada pakar perubatan yang terlibat dalam kes berkaitan,” katanya.

Katanya, Kementerian Kesihatan perlu ambil tindakan sewajarnya dalam mendidik orang ramai di mana ia boleh dilakukan melalui penyebaran maklumat tepat melalui media massa dan internet yang menjadi platform sebaran yang amat pantas kini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");