Sukan Hari Ini

Datang untuk menang

KETUA pasukan negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak optimis bahawa dia bersama rakan-rakan sepasukan mampu melakukan sesuatu ketika bertemu Fiji pada aksi terakhir Jelajah Oceania di Stadium Prince Charles Park, Nadi, hari ini.

Walaupun menjangkakan aksi sengit bakal dipamerkan oleh Fiji, namun Aidil percaya Harimau Malaysia mampu meneruskan rentak kemenangan andai memberi aksi lebih 100 peratus.

“Kami datang ke sini untuk menang tetapi saya sedar bahawa Fiji adalah pasukan yang bagus.

“Tapi, kalau kita ikut taktikal jurulatih serta bersemangat untuk bermain rasanya tiada masalah untuk kita menewaskan Fiji.

“Apa yang penting, pemain cuba yang terbaik kerana perlawanan ini cukup penting buat pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas perubahan kesebelasan pemain pada perlawanan itu selepas skuad kebangsaan masih berdepan dengan tiga masalah kecederaan, Aidil bagaimanapun tidak melihat itu sebagai satu perkara membimbangkan.

Bagi Aidil, semua pemain yang berada di dalam skuad kebangsaan mampu menggalas tugas masing-masing dengan baik.

“Siapa pun bermain tiada masalah kerana apa yang kita inginkan adalah kerja keras semua pemain.

“Saya yakin jurulatih tidak ada masalah dari segi mencari pengganti kerana dalam pasukan ini semua pemain boleh beraksi,” katanya,

Mohd. Shahrom Kalam masih lagi mengalami sakit lutut, manakala Abdul Latiff Suhaimi berdepan kecederaan Achilles Tendon dan terbaharu, Mohd. Zaquan Aidil Adha Abdul Razak ditimpa masalah pada pergelangan tangan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");