Jenayah

Dipenjara 30 tahun, 30 sebatan kerana rogol adik

KOTA BHARU: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh mahkamah sesyen, selepas didapati bersalah tiga kali merogol adik kandungnya, dua tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap pemuda berusia 20 tahun itu.

Ketika kejadian tertuduh berusia 18 tahun, manakala mangsa berusia 15 tahun.

Tertuduh didakwa merogol mangsa dua kali pada 18 Jun 2014 iaitu pada jam 4.15 petang di sebuah rumah di Pasir Puteh dan antara jam 7 hingga 8 malam di sebuah pondok kosong di Permatang Rambai, daerah sama.

Kali ketiga, kejadian berlaku pada jam 6 pagi di dalam bilik sebuah rumah di alamat sama.

Hukuman penjara 10 tahun 10 sebatan diputuskan bagi setiap pertuduhan dan diarah berkuat kuasa secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada tahun 2014.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh, diwakili peguam Mohd Faizal Hazim Abd Rahman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");