Perak Hari Ini

Dr Ahmad Termizi, Calon Pakatan Harapan PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR:Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan seorang bekas Pensyarah Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Nama calon Pakatan Harapan itu merupakan Naib ketua Amanah Kuala Kangsar juga anak tempatan diumumkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu di Majlis Pengisytiharan calon Pakatan Harapan bertempat di Kota Lama Kanan Jambatan Sayong di sini hari ini.

PERAK TODAY 1

Turut hadir dalam acara pengumuman calon itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahmad Termizi 61 tahun, berasal dari Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar merupakan bapa kepada 9 orang anak  yang mendapat pendidikan awal di  Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam Fizik Perubatan dari University of Swansea, Wales dan memiliki Ijazah dari University of Leeds, United Kingdom dalam B.Sc. (Hons) Fizik pada tahun 1975.

Beliau yang kini telah bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pernah mengalas jawatan selaku Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.

PERAK TODAY 2

Ahmad Termizi juga pernah mengalas tugas selaku Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom dan menjadi Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklea Dewan Bahasa dan Pustaka 2013- sehingga tahun 2015.

Sementara itu Ahmad Termizi juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH Dan Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar.

Beliau dalam ucapan sejurus diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan dalam PRK Kuala Kangsar menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

“Ini adalah tanggungjawab besar buat saya apabila dipilih oleh kepimpinan antara lain adalah usaha demi masa depan anak-anak kita nanti,” katanya.

Beliau turut mengakui masih baru dalam parti politik bagaimanapun secara peribadi beliau amat mengenali ramai pemimpin politik pembangkang antaranya seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");