Jenayah

Dua kereta terbakar di bengkel

KUALA KRAI – Dua kereta yang dihantar ke bengkel untuk dibaiki, terbakar di Taman Orked, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, kedua-dua kereta yang terbakar itu ialah Proton Waja dan Peugeot 206.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu diparkir di pekarangan bengkel dan kejadian turut disedari pemiliknya.

“Pemilik bengkel yang tinggal di situ terdengar bunyi dan keluar melihat dua kereta sedang terbakar.

“Dia cuba memadam kebakaran walaupun takut melihat api mula marak. Bagaimanapun, cubaannya untuk mengawal kebakaran gagal,” katanya.

Mohamad Hanif berkata, jiran pemilik bengkel yang turut menyedari kejadian itu, kemudian segera menghubungi bomba.

Menurutnya lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.42 pagi dan segera ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba, Adam Salleh mendapati, kebakaran melibatkan bahagian hadapan kereta Proton Waja dan bumper kereta Peugeot 206. Kebakaran dapat dikawal pada jam 3.58 pagi.

“Selepas itu pasukan bomba membuat pemantauan bagi memastikan bahaya kebakaran tiada lagi di tempat kejadian. Tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu, kata Mohamad Hanif, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, kejadian semalam merupakan kes kelima tahun ini melibatkan kebakaran kenderaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");