Sukan Hari Ini

‘Dua minggu tak cukup untuk Hafifi’

Kuala Lumpur: Bekas badang negara Amirul Hamizan Ibrahim menyifatkan tempoh latihan dua minggu di China yang diluluskan Program Podium untuk Hafifi Mansor (gambar) sebagai membazir.

Katanya, tempoh itu tidak mencukupi untuk mempersiapkan atlet angkat berat itu untuk menghadapi saingan peringkat tertinggi seperti Olimpik.

“Pada saya, tempoh dua minggu itu tidak mencukupi. Dia memerlukan tempoh latihan sekurang-kurangnya 45 hari untuk merealisasikan potensinya.

“Bagi mendapat dan melahirkan atlet berkualiti, mereka perlu melabur. Ia tidak akan dapat dicapai jika sebaliknya yang berlaku,” katanya yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 2008 Beijing.

Sebelum ini, Hafifi dan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melahirkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menjalani latihan di China selama lapan minggu ditolak.

Mereka sebaliknya hanya diberikan tempoh dua minggu dengan Pengarah Program Podium Tim Newenham berkata, beliau hanya berjaya mendapatkan peruntukan bagi 14 hari lantaran cadangan untuk latihan itu dikemukakan pada saat akhir.

“Sebenarnya apabila menjalani latihan di luar negara, seseorang atlet itu akan lebih fokus kerana kurang gangguan. Dia juga mampu memberikan tumpuan penuh terhadap latihan,” tambahnya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");