Isu Panas

Elak guna platform Umno kecam pemimpin

JITRA – Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno adalah tepat kerana kedua-dua pemimpin itu sudah lama bersekongkol dengan pembangkang mengecam kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, tindakanitu wajar dilakukan daripada membiarkan mereka terus menggunakan platform Umno untuk mengkritik pucuk pimpinan.

“Sepatutnya sudah lama buat (pecat), sejak awal mereka mula kecam kepimpinan Najib dan Umno selaku kerajaan. Apabila mereka menggerakkan kempen Deklarasi Rakyat, bermakna perjuangan mereka sudah bersama pembangkang,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan, pegawai masjid, pemimpin masyarakat dan media, semalam.

Menurutnya, masa secukupnya sudah diberikan kepada Muhyiddin dan Mukhriz untuk kembali bersama Umno, namun tindakan mereka menidakkan peluang yang diberi, sebaliknya dilihat sudah ‘terlanjur’ bersama pembangkang.

“Adalah lebih baik mereka berada di luar parti, mudah untuk kita berurusan kerana selepas ini tidak lagi boleh menggunakan platform Umno untuk berjumpa ahli Umno,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Pasu itu yakin pemecatan kedua pemimpin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli sudah memahami mesej yang disampaikan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");