Membawang Hari Ini

Fahmi tinggal kerjaya pramugara demi nyanyian

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Fahmi Esmail, tidak menyesal melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara apabila nekad memilih nyanyian sebagai sumber rezekinya.

Fahmi atau nama sebenar Mohd Zulfahmi Esmail, 27, berkata beliau serius untuk mengukuhkan nama sebagai penyanyi, justeru tidak ralat meninggalkan kerjaya di awan biru dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya baharu ini.

“Memang sebelum ini saya menerima pendapatan tetap, namun ia tidak akan pernah cukup. Kali ini, saya belajar pula berjimat disebabkan sekarang situasinya berbeza daripada ketika bekerja tetap.

“Bagi saya setiap perjalanan pasti memerlukan pengorbanan. Jadi, saya sahut cabaran berkenaan dengan penuh semangat,” katanya yang mula dikenali menerusi program Mentor Legend.

Pada masa sama, jejaka kelahiran Shah Alam, Selangor itu turut menjalankan perniagaan menjual kurta dan baju Melayu secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Saya baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan di KLCC bermula awal puasa dengan bergabung bersama beberapa jenama tempatan. Kami menghasilkan kurta dan baju Melayu bersesuaian dengan gaya remaja masa kini.

“Selain mencari duit raya, saya mendapat banyak pengalaman dan menimba ilmu perniagaan secara tidak rasmi menerusi perkongsian maklumat dengan peniaga lain serta pelanggan. Buat masa ini, saya belum melakukan promosi di media sosial,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/169107

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");