Membawang Hari Ini

Fara terkilan jika…

Keprihatinan selebriti tanah air merealisasikan hajat individu yang ditimpa ujian atau menderita penyakit kronik sememangnya mengundang kegembiraan mereka yang berhajat.

Pengacara popular, Fara Fauzana antara selebriti tanah air yang sering memenuhi hajat khalayak untuk membuat kejutan tidak kira di bandar mahupun kawasan pedalaman.

Kata Fara, biarpun jadual seninya padat, itu bukan alasan untuknya mengelak meluangkan masa bersama insan yang memerlukan perhatian dan menganggapnya sebagai idola.

Pun begitu, kata hos program Muzik Muzik itu, sepanjang berkecimpung dalam gelanggang seni tanah air tidak semua permintaan dapat ditunaikan membuatkan timbul rasa ralat di hatinya.

“Sebagai manusia pasti rasa ralat apabila tidak semua permintaan atau hajat dapat saya penuhi. Bukan tidak mahu bertemu mereka, tetapi kadangkala waktu tidak mengizinkan kerana tuntutan kerja atau kawasan untuk bertemu mereka terlalu jauh dari ibu kota.

“Bagaimanapun jika menerima pelawaan sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang saya akan cuba sedaya upaya merealisasikan impian mereka.

“Bagi saya, sebagai selebriti kita perlu meluangkan masa bertemu golongan yang sedang bertarung nyawa ataupun dalam kesedihan. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran artis pujaan, mereka akan tersenyum gembira,” katanya.

Tambah Fara, meskipun terdapat permintaan di luar bandar atau daerah terpencil yang tidak dapat dipenuhinya, dia akan menggunakan teknologi yang ada untuk berhubung.

“Sekiranya saya tidak berkesempatan bertemu mereka, saya akan gunakan teknologi yang ada sebaik mungkin.

“Sebagai contoh, saya akan merakam video dan menghantar ucapan kepada keluarganya. Saya percaya menerusi kaedah ini, sedikit sebanyak ia dapat memberi kekuatan dan semangat kepada pesakit.

“Pun begitu, tidak semua keluarga mempu–nyai kemudahan untuk berhubung. Apabila gagal berbuat demikian, hati saya bertambah ralat kerana tidak dapat bertemu mereka.

“Saya akan hubungi mereka dan bertanya selain saya siapa lagi selebriti yang mereka teringin jumpa. Saya akan maklumkan kepada artis terbabit dan memintanya ke sana jika ada kelapangan.

“Tanpa disangka, rakan artis memenuhi permintaan itu, sekali gus menyuntik semangat pesakit untuk terus tabah menghadapi dugaan yang ditempuh,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");