Membawang Hari Ini

Freida Pinto bantu wanita

Pelakon asal Mumbai yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Freida Pinto amat berbangga dengan pencapaian aktres Bollywood yang kini diberi kepercayaan membawakan watak besar dan karakter yang kuat.

“Dalam industri filem Bollywood, kita perlukan karakter yang kuat untuk wanita dan bukannya melahirkan seorang bintang semata-mata,” katanya pada majlis Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India 2016 (IIFA 2016) di Madrid, Sepanyol, kelmarin.

Freida, 31, mula mengukir nama di Holywood ketika berusia belasan tahun menerusi filem Slumdog Millionaire pada 2008.

Sejak itu dia terus kekal di Hollywod dan hanya sesekali pulang ke India.

“Sebagai ‘orang luar’, saya lihat berlaku perubahan ketara di Bollywood. Ketika saya pulang ke India tahun lalu, saya lihat ada kira-kira sembilan filem Bollywood yang ditayangkan di pawagam membawakan jalan cerita yang sangat bagus. Antaranya filem Mary Kom lakonan Priyanka Chopra dan Queen (Kangana Ranaut),’ katanya.

Pada IFFA 2016, Freida menerima Anugerah Ikon Antarabangsa.

“Saya boleh sifatkan diri saya ikon antarabangsa kerana mengembara ke serata dunia sejak remaja berikutan kejayaan Slumdog Millionaire,” katanya.

Di samping sibuk berlakon, Freida juga aktif dalam kerja amal seperti kempen ‘Girl Rising’ yang mengutamakan pendidikan dalam kalangan wanita.

Sebaik saja dia selesai menghadiri IIFA 2016, Freida terus ke Monrovia, Liberia untuk menyertai Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama bersama anaknya, Sasha dan Malia yang melancarkan kempen ‘Let Girls Learn’ di sana.

“Wanita di seluruh dunia perlu mendapatkan pendidikan berkualiti kerana hanya pelajaran saja yang dapat mengubah nasib kita,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");