Isu Panas

Gesa kaji tahaluf siyasi Pas, PKR

KOTA BHARU – Muktamar Muslimat ke-56 semalam, mendesak Pas Pusat mengkaji semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) parti itu dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Usul itu yang dikemukakan oleh Muslimat Pas Kedah diterima tanpa bahas dalam muktamar tahunan sayap parti itu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di sini.

Naib Ketua Muslimat Pas Pusat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penapis Usul Muktamar, Salamiah Mohd Noor sebelum memulakan perbahasan berkata, usul berkenaan akan dibentangkan pada Majlis Syura untuk tindakan lanjut.

Usul itu menyebut PKR dikatakan telah mengkhianati Pas apabila menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), termasuk melemparkan tuduhan, fitnah serta pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap Pas.

Pada sidang akhbar selepas itu, Salamiah berkata, antara faktor menyebabkan usul tersebut diterima tanpa bahas adalah kerana kedudukan PKR yang masih bersama DAP dan Amanah serta isu pertembungan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Salamiah memberitahu, beliau mengakui bahawa usul dikemukakan wajar, tetapi pihaknya menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukannya dan akur dengan sebarang keputusan.

Usul berkenaan dijangka diserahkan selepas selesai PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");