Sukan Hari Ini

‘Hari Ini Milik Itali’ – Del Bosque

VICENTE Del Bosque mempertahankan anak buahnya selepas tewas 0-2 di tangan Itali pada kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016 dengan menegaskan ‘mereka sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi nasib menyebelahi Itali.’

La Furia Roja belum pernah kecundang di tangan Itali dalam kejohanan berprestij sejak suku akhir Piala Dunia 1994.

Namun hasrat Sepanyol untuk mempertahankan kejuaraan itu tidak kesampaian selepas kekalahan tersebut.

“Kami perlu menerima kekalahan ini dan memandang ke hadapan.

“Hakikatnya kekalahan amat menyakitkan. Sejak lapan tahun lalu kami amat kuat tetapi hari ini milik Itali. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik tapi tiada nasib,” katanya kepada Telecincoes dan Sky Sport Italia.

Sementara itu bintang Sepanyol Andres Iniesta mengakui Itali mempamerkan aksi luar biasa pada pertembungan penentuan berkenaan.

Jaringan Giorgio Chiellini dan Graziano Pellè memacu The Azzurri menempah slot ke suku akhir bertemu Jerman pada 2 Julai ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");