Jenayah

Helah tak mahu kena saman

KUALA PILAH – Terdapat beberapa peniaga di bazar Ramadan berdalih dan memberi pelbagai alasan untuk elak disaman anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketua KPDNKK Kuala Pilah dan Jempol, Zulkifli Mat berkata, alasan seperti baru tiba untuk memulakan perniagaan sering kali diberikan peniaga bagi mengelakkan dikenakan saman.

Meskipun pelbagai helah diberikan, penguat kuasa tetap mengeluarkan notis amaran kepada peniaga sebanyak tiga notis amaran.

“Kita beri amaran dan tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati gagal mempamerkan tanda harga.

“Buat pertama kali, kami beri notis amaran. Bagaimanapun, sekiranya penguat kuasa mendapati peniaga itu melakukan kesalahan sama, mereka akan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya di bazar Ramadan Pilah Perdana, kelmarin.

Sementara itu, pemeriksaan bazar Ramadan tersebut menggembleng tenaga seramai lapan anggota penguat kuasa di 140 premis membabitkan bazar Ramadan di Melang, Pilah Perdana dan Juasseh Pekan.

Zulkifli berkata, pihaknya mengingatkan peniaga agar mempamerkan lesen perniagaan serta tanda harga di setiap premis perniagaan milik mereka.

“Kita beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati gagal melakukannya dalam operasi penguatkuasaan yang akan datang.

“Peniaga perlu beretika, ada tanggungjawab sosial dan memastikan mereka tidak membebankan pengguna. Jangan fikir mengaut keuntungan sahaja. Peniaga juga adalah pengguna dan bayangkan beban yang ditanggung jika mereka sebagai pembeli,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada pengguna, sekiranya dikesan ada peniaga melakukan kesalahan, boleh melaporkan kepada pihaknya.

“Pengguna boleh hubungi talian hotline kami, 1-800-886-800 atau datang ke pejabat kami di Pekan Pilah.

“Kami juga sentiasa mempergiatkan pemantauan dan rondaan di premis perniagaan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");