Perak Hari Ini

Hishammuddin Tinjau Kawasan Operasi Kota Echo Foxtrot

GERIK : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan Marker November bagi meninjau pelaksanaan Operasi Kota Echo Foxtrot di bawah kendalian Batalion ke-6 Rejimen Ranjer Diraja, di sini, semalam.

Beliau telah diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan beberapa pegawai kanan Tentera Darat.

Hishammuddin berkata, kementeriannya memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif tiga daripada lima teras utama yang telah dipersetujui.

EP6G1400 (800x533)

Tiga teras tersebut ialah Teras Keselamatan, Teras Kesiapsiagaan dan Teras Kebajikan.

Hishammuddin turut meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama anggota tentera di Markas Taktikal 749 di Kem Banding, di sini.

Pada lawatan yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan dan beramah mesra bersama penduduk orang Asli yang tinggal di perkampungan berdekatan dengan kawasan Operasi Kota Echo Foxtrot.

EP6G0822 (800x533)

Selain itu, beliau juga menyampaikan bungkusan Hari Raya kepada anggota yang bertugas.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan agar rakyat menghargai sumbangan anggota tentera yang bersengkang mata dan berjauhan dengan keluarga ketika Aidilfitri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");