ROY Hodgson menjadi pengurus yang menerima gaji paling tinggi pada kempen Euro 2016 dengan pendapatan STG3.5 juta (RM20.4 juta) setahun.
Dia mengatasi rakan sejawatnya di Itali, Antonio Conte kedua dengan gaji sebanyak STG3.15 juta (RM18.4 juta) setahun, diikuti pengendali Turki, Fatih Terim STG2.7 juta (RM15.7 juta).
Lapan daripada 24 pengurus pasukan yang bertanding kali ini meraih pendapatan lebih STG1 juta (RM5.84 juta) setahun tetapi pengurus Russia, Leonid Slutsky tidak menerima sebarang bayaran.
Slutsky juga adalah pengendali CSKA Moscow dan mengambil tanggungjawab sebagai jurulatih Russia untuk membantu negaranya selepas Fabio Capello meninggalkan pasukan itu.
Apabila Slutsky dipilih bagi mengendalikan skuad kebangsaan pada musim panas ini, Menteri Sukan, Vitaly Mutko mengesahkan: “Dia tidak akan dibayar gaji, hanya bonus berdasarkan prestasi pasukan,” katanya.
-Sinar Harian