Sukan Hari Ini

Hungary takkan beri muka

KAPTEN Hungary, Balazs Dzsudzsak tidak akan ‘beri muka’ kepada pemain Belgium apabila bersedia untuk memberikan aksi terbaik mereka pada pertembungan pusingan kalah mati pentas Euro 2106, awal pagi esok.

Katanya, walaupun Belgium memiliki ramai pemain bintang termasuk berstatus pasukan nombor dua dunia, namun itu bukan untuk digeruni sebaliknya ‘perlu dihormati.

“Kami tidak mempunyai pemain ternama dunia, tapi Hungary mempunyai pasukan yang memiliki jiwa dan semangat juang tinggi. Itu senjata kami.

“Kami datang ke sini untuk memberikan aksi terbaik dan kami akan pamerkan kemampuan sebenar di padang nanti,” katanya,

Hungary layak ke pusingan 16 terbaik kejohanan selepas menjuarai peringkat Kumpulan F selepas seri dengan Iceland dan Portugal serta menewaskan Austria.

“Saya percaya kami dalam prestasi terbaik ketika ini tapi kami masih perlu berusaha keras,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");