Panasnya Hari Ini

Husam Sah Jadi ADUN Bebas

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini disahkan secara rasmi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas setelah dilucutkan keanggotaannya dari parti tersebut.

Memetik sumber Astro Awani, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob berkata, surat pemakluman mengenai kedudukan Husam yang juga ADUN Salor yang tidak lagi menjadi ahli PAS serta perubahan kerusi dalam Dewan sudahpun dihantar kepada Husam dua minggu lalu.

“Ia amalan biasa di Parlimen juga, di DUN, apabila sesorang ahli (ADUN) bukan lagi ahli kepada parti kerajaan, maka sudah tentu tempat duduk dalam Dewan juga berubah.

“Sebagai Bebas, (surat) sudah dihantar dua minggu sebelum sidang Dewan, sudah berubah. Bukan berpunca dari masalah dari PAS, UMNO, Barisan Nasional. (Husam) bukan dari parti kerajaan, bila tidak lagi dari parti kerajaan, maka tempat duduknya di tempat Bebas,” katanya.

Terdahulu, Husam dipecat menjadi ahli parti itu setelah jawatankuasa tatatertib mendapati Husam telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan fasal 82 (1)(b), (c), (d), (e) dan (f) perlembagaan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok dilaporkan berkata, jawatankuasa itu telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam sebelum ini dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lalu.

Husam dalam reaksinya hari ini berkata beliau menerima keputusan pemecatannya dari parti namun mempertikaikan cara beliau dipecat.

Husam bagaimana pun tidak hadir pada persidangan dewan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");