Membawang Hari Ini

Ika Nabella kembali bangkit

TAHUN lalu, nama Ika Nabella menjadi perhatian selepas insiden dipukul pengarah di sebuah set lokasi penggambaran. Dek kerana insiden itu, Ika, 27, menarik diri daripada penggambaran drama yang sudah ditayangkan di televisyen itu.

Bagaimanapun, insiden itu dilihat sedikit sebanyak menjejaskan nama Ika yang kemudiannya nampak senyap daripada sebarang publisiti, sehingga ada khabar angin yang mengatakan ada penerbit bimbang untuk mengambilnya bekerja.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan Ika masih trauma untuk kembali bekerja selepas insiden itu.

Bagaimanapun, Ika yang ditemui pada majlis pelancaran sebuah salon, Amyssrite Hairdresing, Ampang baru-baru ini menegaskan dia sudah kembali bekerja dan tidak lagi trauma dengan apa yang pernah berlaku.

“Tidak dinafikan selepas kontroversi itu, tawaran sedikit terjejas. Tapi kebanyakan penerbit memberi sokongan dan memberi masa kepada saya untuk betul-betul pulih dan kembali bersedia untuk bekerja.

“Alhamdulillah tawaran kini sudah kembali seperti biasa, lebih-lebih lagi selepas saya mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

“Cuma sebelum ini saya banyak buat telefilem dan Insya-ALLAH bermula awal Jun ini saya akan terlibat dengan sebuah penggambaran drama bersiri termasuk untuk siaran hari raya nanti,” katanya.

Tambah Ika, dia tidak menyimpan dendam terhadap pengarah tersebut dan bersedia untuk kembali bekerjasama.

“Mula-mula dulu memang trauma, tapi lama kelamaan saya ok. Malah, saya juga tidak menyimpan dendam terhadap dia dan jika ada tawaran untuk kami bekerjasama, saya sedia menerima.

“Bagi saya apa yang diutamakan adalah kerja dan profesionalisme,” katanya.

Berkongsi perkembangannya pada bulan Ramadan ini, Ika berkata, selain penggambaran drama, dia juga akan sibuk dengan perniagaan tudung di bawah jenama Shawal By Ika Nabella dan juga jubah lelaki yang diusahakan bersama kakak iparnya.

Selain itu, dia juga giat membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung akhir Julai depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");