Sukan Hari Ini

Irfan idam lontaran ke Rio

Kuala Lumpur: Atlet lempar cakra negara Irfan Shamshuddin bertekad untuk terus memecahkan rekod kebangsaan selepas melakukannya dua kali dalam tempoh lima hari, minggu lalu.

Malah pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura itu berjanji untuk melakukan lontaran lebih baik selepas ini apabila diberi peluang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk berpangkalan di Eropah sebelum tarikh akhir kelayakan ke Olimpik berakhir pada 11 Julai depan.

Katanya, dia masih dahagakan kejayaan dan biarpun jarak untuk layak secara merit ke Olimpik masih jauh namun atlet kelahiran Negeri Sembilan itu tetap optimis untuk mencuba membuat balingan terbaik.

“Peluang untuk ke Olimpik masa ada dan saya mempunyai lima lagi kejohanan di Eropah selepas ini.

“Tiada yang mustahil. Saya sendiri tidak berasa puas dengan apa yang dicapai sebab percaya boleh buat jauh lebih baik lagi.

“Saya akan berusaha lebih keras lagi dalam masa terdekat ini,” katanya.

Irfan, 20, memecahkan rekod pertama kali ketika menyertai pertandingan di Jerman dengan jarak 58.33 meter.

Dia seterusnya memadamkan rekod itu buat kali kedua ketika beraksi di Kejohanan Liese Prokop Memorial di St Polten, Austria dengan catatan 58.48m.

Sebelum itu di Halle, Irfan turut memadamkan rekod lamanya dua kali apabila melakarkan balingan 58.33m.

Catatan itu menyaksikan dia merekodkan lontaran peribadi terbaik empat kali dalam tempoh lima hari.

Rekod kebangsaan miliknya sebelum ini adalah 58.04m.

Bagaimanapun untuk layak ke Olimpik Rio Ogos ini, Irfan perlu melakarkan 65m.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");