Perak Hari Ini

Jambatan Manong Hanya ‘Janji Manis’

KUALA KANGSAR: PAS menyifatkan pengumuman peruntukan jambatan Manong di sini hanya usaha untuk menjadikan Kuala Kangsar sebagai uji kaji ‘janji manis’ semata-mata.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata,pengumuman tersebut hanya akan menyebabkan rakyat terusan menanggung penderitaan.

“Tidak rasa tanggungjawab dan tidak rasa berdosa kepada rakyat.

“Rakyat terus dibuai dengan janji-janji manis akhirnya rakyat akan menangung penderitaan,” katanya.

Jelasnya lagi, nyawa ribuan penduduk dikalangan warga emas ibu bapa dan kanak-kanak yang berulang alik menggunakan perkhidmatan bot menyeberangi sungai tersebut sering kali menjadi pertaruhan politik kosong.

“PAS mengharapkan supaya rakyat dan pengundi di parlimen Kuala Kangsar boleh menghantar satu isyarat protes dengan mengundi calon PAS.

Sementara itu, beliau turut mengulas berhubung kekurangan pakar di Hospital Kuala Kangsar yang dihadapi sehingga kini.

“Untuk maklumkan Kuala Kangsar dahulunya diwakili enam penggal oleh ‘orang senior’ dalam parti kabinet iaitu Tan Sri Rafidah Aziz malah tidak sepatutnya keadaan dan kekurangan dalam hospital itu berlaku.

“Mereka terus membuai-buaikan rakyat sedangkan rakyat pula menagih janji-janji manis yang ditanam setiap kali musim pilihanraya.

Jelasnya lagi, pemimpin kerajaan hanya takut dengan isyarat yang diberikan menerusi peti undi malah menjadi satu langkah untuk mengajar dan mengambil berat terhadap rakyat.

“Jika rakyat tiada kesedaran untuk berubah maka akan berlaku seperti kebiasaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memgumumkam peruntukan kelulusan peruntukan berjumlah RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan Manong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");