Perak Hari Ini

Jangan Ancam Ketenteraman Kuala Kangsar -Penduduk

KUALA KANGSAR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak mengancam ketenteraman Kuala Kangsar.

Ia susulan tindakan Rafizi dalam satu ceramah yang didakwa mengeluarkan kenyataan sekiranya calon Amanah menang, beliau akan ‘mengebom’ Najib di Parlimen.

Penduduk, Mohamad Halim Mohamad Ali berkata, tindakan Ahli Parlimen Pandan itu dilihat mampu menggugat ketenteraman penduduk di Kuala Kangsar.

“Di Kuala (Kangsar) ini aman damai… Jangan buat perangai buruk di Kuala… Kita orang Kuala ini memang tidak suka perangai buruk di sini.

“Kita boleh bercakap apa sahaja dengan aman dan tenteram di Malaysia ini di Kuala, tapi jangan sampai nak bunuh orang, bakar orang, nak bom-bom orang, itu tak boleh,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. PERAK TODAY 2Mohamad Halim menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai perkara tersebut melalui laman media sosial Facebook.

Ujarnya perkataan yang digunakan oleh Rafizi itu tidak boleh digunakan kerana ia menyentuh perkara yang sensitif.

“Perkara ini memang kita tidak bersetuju. Apa yang disebut ini boleh mendatangkan ancaman.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku… Tidak kira parti mana pun sama ada PKR ke PAS ke Amanah ke BN ke, perkara ini tidak harus disebut mengenai ancaman dan bom-bom orang ini memang tidak patut disebut… Kita sensitif dengan perkara tersebut,” katanya lagi.

Justeru, beliau berkata, laporan polis telah dibuat atas kapasitinya sebagai penduduk Kuala Kangsar dan tidak mewakili mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti politik.

“Saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung hal tersebut sebagai orang Kuala Kangsar.

“Setakat ini kita telah buat empat laporan polis semalam dan kemungkinan ada lagi orang-orang Kuala yang akan buat perkara yang sama,” katanya lagi.

Mohamad Halim turut meminta agar Rafizi memberi penjelasan berhubung perkara yang dikatanya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");