Panasnya Hari Ini

Jangan Terlalu Awal Hukum Guan Eng – KJ

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta supaya semua pihak tidak terlalu awal bertindak menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan berkaitan isu pembelian banglo.

Memetik sumber MSTAR Online,sarannya semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan.

“Kita tidak mahu menghukum terlalu awal lagi. Sekiranya ada tindakan susulan… tindakan mahkamah dan sebagainya, beliau (Guan Eng) ada peluang untuk membela diri.

“Tidak ada sesiapa yang boleh lepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon, dipercayai berkaitan isu pembelian sebuah banglo.

Setiausaha Agung DAP itu ditahan di pejabatnya di tingkat 28 Bangunan Komtar, Pulau Pinang pada pukul 5.45 petang dan Li Khoon pula ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Tangkapan dibuat selepas mendapat arahan Pejabat Peguam Negara bagi menuduh mereka di mahkamah yang dijadual pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");