Sukan Hari Ini

JDT beri tumpuan kepada pembangunan pasukan

PASUKAN Johor Darul Ta’azim (JDT) memberikan tumpuan utama kepada asas pembinaan kelab tersebut, kata Pengarah Sukan Kelab Bola sepak JDT, Alistair Edwards.

Menurut Edwards, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga telah menghabiskan banyak masa bagi memberi tumpuan kepada usaha memastikan perkara-perkara seperti pembangunan kemudahan infrastruktur, persekitaran kerja, perkongsian antarabangsa, pendidikan kejurulatihan dan pembangunan pemain menjadi keutamaan dalam strategi kelab itu.

“Banyak perhatian telah tertumpu kepada kejayaan JDT sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan itulah apa yang terjadi kepada kelab ini kerana setiap kejayaan pastinya menarik perhatian ramai,”katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger.

Edwards berkata, dia berasa bertuah memandangkan dapat melihat sendiri pengurusan, jurulatih dan pemain kelab berkenaan berjaya mencipta kejayaan berdasarkan usaha-usaha yang telah dilakukannya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");