Sukan Hari Ini

Jeneral Yol galas tugas Safiq

KEKOSONGAN posisi tengah yang ditinggalkan Safiq Rahim, membuka ruang buat Mohd Amirulhadi Zainal dan Brendan Gan menjadi ‘jeneral’ baharu jentera utama skuad negara yang akan menentang Timor Leste, malam ini.

Amirulhadi, 30, dan Brendan, 27, adalah antara pemain yang disebut-sebut mengisi tempat Safiq yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan, untuk perlawanan Play-off Pertama Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Bagi Amirulhadi atau mesra dengan panggilan Yol, ia juga peluang terbaiknya untuk membuktikan kemampuannya selepas dipanggil semula dalam skuad kebangsaan sejak 2011.

“Ketiadaan Safiq memang dirasai, namun setiap pemain perlu memberi yang terbaik dan sentiasa fokus pada perlawanan itu nanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");