Isu Panas

Kaji isu hudud sebelum bentang di Parlimen

JOHOR BAHRU – Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia menggesa kerajaan mengkaji isu hudud sebelum usul cadangan dibentangkan di Parlimen.

Presidennya, Yow Boon Choon berkata, seramai 100,000 ahlinya di seluruh negara telah mengadakan mesyuarat menyatakan kerisauan mengenai hudud yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurutnya, pihaknya akan turut hantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat supaya hudud dikaji terlebih dahulu sebelum mendatangkan senario tidak baik di mata rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Cadangan itu sangat merisaukan kami walaupun ia hanya untuk masyarakat beragama Islam, kerana ia boleh mendatangkan situasi sukar kepada sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum.

“Sebagai contoh, dua lelaki Islam dan bukan Islam ditangkap kerana mencuri. Bagi yang Islam pastinya hukum hudud akan dipotong tangan, tapi bagi bukan Islam akan dikenakan hukuman denda.

“Ia akan jadi sesuatu yang rumit dan kami langsung tak faham mengenai pelaksanaannya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Boon Choon berkata, kerajaan juga digesa menolak cadangan untuk memperkenalkan undang-undang berbentuk agama, walaupun ia tiada kaitan dengan rakyat yang bukan beragama Islam.

“Ini kerana, Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan mungkin dari segi pandangan Islam ia sesuai, tapi dari segi industri serta perdagangan perlu dipandang serius kerana sosioekonomi Malaysia terdiri daripada sumbangan rakyat bukan Islam.

“Walaupun ia hangat diperdebatkan sehingga menimbulkan kebimbangan pelaksanaan hudud yang mungkin melibatkan agama lain, tapi pelaksanaannya tidak dijelaskan secara umum kepada rakyat.

“Jadi, saya gesa kerajaan kaji isu hudud sebetulnya terlebih dahulu sebelum bersetuju usulnya dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Tambahan katanya, ekonomi negara sedikit goyah sejak lebih tiga tahun lalu selepas kecoh dengan pelbagai isu yang sedang melanda.

“Kita tak mahu isu hudud ini menambahkan lagi isu yang sedang melanda negara sejak lebih tiga tahun lalu, kerana kewujudan situasi yang tidak aman sedikit sebanyak mengganggu perniagaan kami,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");