Membawang Hari Ini

Kami bukannya rapat sebulan atau dua – Erra

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Erra Fazira, menganggap perhubungannya dengan Shahir Zawawi saling melengkapi kekurangan yang ada dalam kehidupan masing-masing.

Mengakui penyanyi lelaki berusia 28 tahun itu tidak canggung ketika berbicara, wanita yang digelar primadona filem Melayu alaf baharu itu juga berkata, perhubungan itu pula bukanlah terjadi dalam masa singkat.

“Kami bukannya rapat dalam masa sebulan atau dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan seterusnya mencari keserasian.

“Begitupun, menjadi lumrah apabila tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam perhubungan. Rintangan pastinya ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri,” katanya.

Diminta mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang timbul ketika ini membabitkan hubungan mereka, termasuk kemungkinan mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat, Erra berkata sehingga kini tiada apa yang hendak dihebahkan.

“Memang tiada perkembangan lanjut seperti diperkatakan. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa saja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan,” kata wanita jelita berusia 42 tahun berkenaan.

Sebelum ini muncul gosip mengatakan kedua-duanya bakal bertunang selepas Aidilfitri, bagaimanapun Erra tampil menafikan khabar angin terbabit.

Sebagai wanita yang lebih berpengalaman dalam kehidupan, Erra nyata mengambil pendekatan selamat supaya kisah peribadinya itu tidak terlalu digembar-gemburkan.

Beliau bagaimanapun mengaku lega apabila penyanyi lelaki itu sendiri yang kemudiannya membuka mulut mengiyakan mengenai perhubungan antara mereka.

Sementara itu, bintang Sembilu ini memperlahankan kerjaya seninya sepanjang bulan puasa. Sebaliknya, beliau aktif mempromosikan jenama biskutnya, Rara Cookies, dan tudung RarabyErraFazira.

“Saya turut menyertai beberapa festival bazar bagi mempromosikan biskut dan tudung. Tidak saya nafikan, ramai artis berniaga tudung dan ia persaingan yang sengit. Begitupun saya tak kisah apabila kita bersaing secara sihat.

“Jika diikutkan, saya sendiri sudah sekian lama meminati dunia perniagaan. Namun, satu masa dulu ia hanyalah dilakukan pada skala kecil. Saya seronok dengan apa yang diusahakan sekarang,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");