Sukan Hari Ini

‘Kami rakus dan tamak’

PENYERANG Jerman, Thomas Mueller mengakui peluang gol yang banyak terlepas ketika bertemu Ireland Utara awal pagi semalam, adalah berpunca daripada sikap tamak pemain.

“Peluang begitu banyak. Tapi kami rakus mengejar gol sehingga banyak kali mensia-siakannya. Tamak! Itulah perkataan yang lebih tepat menggambarkan situasi yang berlaku.

“Memang ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan berbanding perlawanan sebelum ini. Tapi kami masih gagal menyudahkan begitu banyak peluang gol yang terhidang.

“Itu menjadi kelemahan yang harus kami perbaiki,” ujar Mueller.

Dalam perlawanan itu Jerman menang tipis 1-0 hasil jaringan Mario Gomez yang digerakkan oleh Mueller.

Sementara itu, pengendalinya, Joachim Loew turut kecewa dengan kegagalan anak buahnya dalam usaha mencari penyudah yang berkesan.

“Banyak peluang yang menjelma, tetapi gagal disempurnakan. Walaupun kami lebih mendominasi perlawanan tetapi ketumpulan jentera serangan dalam menghasilkan gol amat merisaukan.

“Saya percaya kami sudah bermain dengan begitu yakin sehingga tidak langsung memberi peluang kepada Ireland Utara, tetapi tetap gagal menjaringkan gol yang mencukupi seperti sepatutnya,” ujarnya lagi.

Jerman bakal bertandang ke Lille untuk pusingan kalah mati dan akan bertemu penghuni tangga ketiga di antara Kumpulan A, B atau F.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");