Sukan Hari Ini

Kasma timba ilmu Ozaki

Kuala Lumpur: Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin (gambar) menjalani latihan khas bersama Yamaha Japan sebagai persediaan bagi menghadapi perlumbaan Asia Production 250cc pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 3 hingga 5 Jun ini.

Pelumba berusia 16 tahun itu terbang ke Suzuka pertengahan Mei lalu untuk menerima latihan intensif di Litar Suzuka di bawah kendalian jurulatih Yamaha Japan, Nobuyuki Ozaki.

“Bukan mudah untuk menerima peluang seperti ini. Peluang menjalani latihan di litar Suzuka ini sangat berharga. Atas bantuan dan tunjuk ajar Ozaki, prestasi saya menunjukkan sedikit peningkatan selain dapat membantu meningkatkan keupayaan jentera,” jelas Kasma.

Kasma perlu mempertingkatkan aksi bagi menghadapi cabaran sengit dalam kelas Asia Production 250cc. Kasma berjaya menamatkan perlumbaan musim 2015 di tangga keenam keseluruhan namun sekadar di tangga kesembilan selepas dua pusingan musim ini berlangsung.

“Persaingan kelas 250cc ini begitu sengit dan memerlukan kekuatan fizikal terutama untuk berdepan aksi agresif pelumba lain khususnya Thailand. Tidak seperti pelumba Jepun di mana mereka boleh mengatur strategi bersama kerana ramai di antara mereka berada dalam kelompok depan. Situasi berbeza pula bagi pelumba Malaysia yang tidak ramai.

“Saya berbangga dan berterima kasih kepada Yamaha Japan atas komitmen dan perhatian mereka dalam membantu meningkatkan prestasi dan kemahiran saya,” jelas Kasma.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");