Sukan Hari Ini

Kedah Harungi Ramadan Dengan Perlawanan Persahabatan

KEHADIRAN Ramadan akan dijadikan tempoh terbaik untuk pasukan Kedah memantapkan skuad tersebut menerusi sesi latihan dan perlawanan persahabatan bagi merancakkan saingan dalam Liga Malaysia musim ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, skuad kendaliannya telah kembali menjalani latihan sejak petang Rabu sebagai persediaan awal.

Jelasnya, latihan akan diteruskan pada petang dan malam mengikut kesesuaian sepanjang Ramadan ini dan perlawanan persahabatan juga akan diadakan.

“Kita akan teruskan latihan pada Ramadan ini untuk memastikan pemain kembali cergas selepas berehat selama 10 hari. Ada latihan akan dibuat pada sebelah petang dan ada juga pada malam.

“Ini persediaan yang kita lakukan sebelum saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada 12 Julai ini.

“Saya akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman dan di ibu negara kerana di sana lebih mudah untuk mendapatkan pasukan yang bersedia untuk bermain dengan kita,” katanya kepada mStar Online.

Beliau menambah, setakat ini, Carlos Eduardo (Kahe) dan Bang Seung Hwan telah menghadiri latihan manakala Liridon Krasniqi masih bercuti di Kosovo.

“Ketika ini Kahe dan Seung Hwan merupakan pemain import yang telah menghadiri sesi latihan. Mengenai kedudukan Kahe, ia akan ditentukan oleh pihak pengurusan selepas ini.

“Tugas utama saya setakat ini ialah memastikan pemain Kedah kembali cergas untuk pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia pada Julai ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai kehadiran penyerang baru yang bakal diuji, Cheng Hoe memberitahu, beliau akan memilih pemain terbaik untuk skuad hijau kuning.

“Kalau tiga pemain ini tiba barulah saya akan melakukan apa yang perlu demi memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat.

“Mereka perlu mempamerkan kualiti permainan bermutu tinggi. Jika penyerang pula dia perlu buktikan kemampuan menjaringkan gol kerana penyudah antara masalah pasukan kita,” tegasnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");