Sukan Hari Ini

Kena lebih agresif

PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata menuntut pemain La Roja mempamerkan aksi lebih agresif kerana pasukan itu akan berdepan kesukaran membolosi gawang Itali pada pertemuan kalah mati Euro 2016, awal pagi esok.

Ini kerana katanya, trio pertahanan Itali yang terdiri daripada Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini akan menjadi penghalang besar kepada La Roja.

“Sukar untuk Sepanyol mencari gol kerana trio BBC Itali ini pakar bertahan.

“Di Sepanyol, anda akan dapat tujuh peluang jaring gol, tapi di Itali peluang itu tipis, anda perlu kerja keras untuk melakukannya.

“Itali pasukan kompetitif, dan amatlah sukar untuk menggegar gawang mereka. Beraksi dua tahun bersama mereka sebelum ini banyak mengajar saya untuk menjadi penyerang yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Morata berkata, selain trio BBC, penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon juga akan menjadi penghalang buat Sepanyol.

“Buffon adalah legenda di Itali dan trio BBC pula pemain bertahan terbaik di dunia.

“Adanya mereka, mustahil untuk Sepanyol menjaringkan gol,” kata Morata yang menuntut rakan sepasukannya beraksi lebih agresif pada pertemuan itu nanti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");