Berita Hari Ini

Kepimpinan Abu Kassim perlu dicontohi

SHAH ALAM – Penglibatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed ke International Anti Corruption Academy (IACA) dapat menjadi contoh terbaik kepada pegawai-pegawai dalam agensi penguatkuasaan di negara ini bagi mengikut jejak langkah beliau yang cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa.

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Musa Hassan berkata, pengalaman serta kepimpinan Abu Kassim pasti akan dapat dikongsi melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan rasuah holistik yang dipraktikkan ketika beliau menerajui SPRM.

“Ucapan tahniah kepada beliau di atas pelantikan beliau ke peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan kualiti pegawai penguatkuasaan di negara ini turut diiktiraf dunia.

“Diharapkan selain daripada peringkat antarabangsa, Tan Sri Abu Kassim akan terus menyumbang tenaganya kepada aktiviti pencegahan rasuah di negara ini,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Semalam, Abu Kassim menjelaskan bahawa antara sebab beliau mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya adalah kerana menerima tawaran daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria, di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Selain itu, beliau menegaskan, tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuknya memendekkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");