Berita Hari Ini

KM sambut baik kenyataan Nancy

KUCHING – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengenai penurunan kuasa pentadbiran dan perlembagaan bagi negeri Sarawak.

Ini adalah berkaitan permintaan kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkan Laporan Suruhanjaya Cobbold dan cadangannya, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan cadangannya serta Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Ini bermakna ada maklum balas daripada kerajaan pusat terhadap permohonan kami untuk mengadakan rundingan berhubung perkara ini.

“Saya menyambut baik pendekatan ini dan rundingan harus dimulakan dengan segera,” kata Adenan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata ia akan mengambil sedikit masa kerana “prosesnya yang kompleks dan panjang tetapi kita dah mulakan sekarang”.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");