Berita Hari Ini

KPDNKK anjur program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2016 bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan hari raya dengan harga yang lebih rendah.

Bertempat di medan letak kereta Istana Kehakiman, Putrajaya, program yang berlangsung selama lima hari bermula sejak 22 Julai lalu itu dirasmikan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh hari ini.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, KPDNKK berkata program tahunan anjuran kementerian itu telah diadakan sejak 2009 setiap kali menjelang

Aidilfitri yang bermatlamat mengurangkan beban perbelanjaan rakyat semasa musim perayaan tersebut.

“Melalui program ini, kementerian menjalinkan kerjasama dengan pihak industri peruncitan yang membawa secara terus barangan dan produk daripada pengeluar.

“Terdapat tujuh kategori barangan yang dijual iaitu makanan dan minuman, pakaian, produk kulit, peralatan elektrik, perabot, kelengkapan rumah serta telekomunikasi,” katanya.

Terdapat 45 pempamer daripada pelbagai jenama menyertai program itu yang dibuka pada 10 pagi hingga 11 malam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");