Jenayah

KPDNKK sita seluar jeans tiruan

SHAH ALAM – Sebanyak 3,163 seluar jeans berjenama Levi’s tiruan dirampas sepasukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dalam operasi barangan tiruan di sini, semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakob berkata, nilai barangan disita berjumlah RM71,540.

Menurutnya, pemeriksaan itu dijalankan di tiga premis pasar pagi Kubu Gajah Sungai Buloh, Paya Jaras semalam.

“Operasi dilakukan Penolong Pengawal Perihal Dagangan dari Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Shah Alam, diketuai Selahuddin Ishak,” katanya.

Beliau berkata, hasil serbuan di premis milik warga Kemboja itu mendapati ada rekod tiga kes.

“Kes siasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");