Perak Hari Ini

Lagi Penipuan Jual Tanah Guna Nama Kerajaan Negeri

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan kegiatan pihak tertentu yang melakukan penipuan menggunakan nama kerajaan negeri.

Zambry berkata, dalam melaksanakan rancangan mereka sindiket ini menggunakan nama kerajaan negeri bagi memanipulasi dan membuat penipuan terhadap mangsa terutamanya melibatkan penjualan tanah bagi tujuan pertanian dan pembangunan.

“Sindiket ini akan pergi ke bakal pembeli untuk memperdayakan mangsa supaya sejumlah wang transaksi dibuat bagi mendapatkan tanah dan projek di kawasan itu.

“Ia melibatkan kawasan Lenggong hingga ke Kuala Kangsar yang dikatakan berpuluh ekar tanah yang akan dibangunkan untuk tujuan perladangan dan pertanian kononnya dibangunkan oleh sebuah syarikat,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, baru-baru beliau sekali lagi didatangi oleh satu kumpulan pemaju yang meminta kepastian berhubung penjualan tanah sama ada benar atau tidak kerajaan negeri melibatkan tanah seluas 300,000 ekar di kawasan yang sama.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) membuat laporan Polis bagi membuat siasatan terhadap perkara ini.

“Tidak ada tanah seluas 300,000 ekar yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada individu atau syarikat.

“Kita tidak ada tanah seluas 300,000 ekar itu dan kita akan ambil tindakan berdasarkan laporan polis yang telah dibuat,” katanya lagi.

Beliau turut mengesa orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berhubung sindiket penipuan tersebut disaran tampil memaklumkan perkara itu kepada pihak kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");