Membawang Hari Ini

Lagu tanda syukur

Sambutan Aidilfitri seakan-akan tidak berseri tanpa lagu raya. Sama ada lagu berentak ceria mahupun sedih, ia tetap memainkan peranan penting bagi menceritakan keistimewaan Aidilfitri.

Agak lama juga kita tidak mendengar lagu raya khususnya nyanyian kanak-kanak. Justeru komposer Adnan Dollah atau Nan Dengkil menghasilkan lagu hari raya khas berjudul Ayah Bak Duit Raya yang dinyanyikan oleh anaknya, Nur Haikal Adnan atau Haikal.

“Lagu ini dihasilkan sebagai tanda kesyukuran kerana berakhirnya krisis keluarga membabit­kan saya dan bekas isteri sebelum ini. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik dan hubungan saya dengan bekas isteri juga sudah pulih.

“Situasi ini turut menggembirakan Haikal yang sebelum ini murung. Saya juga sudah berkahwin dan Haikal nampaknya sangat gembira dengan apa yang dilalui sekarang.

“Kini saya mempunyai keluarga besar dan diharapkan hubungan baik semua pihak ini akan terus kekal sampai bila-bila,” katanya yang pernah menghasilkan lagu Selamat Berhari Raya nyanyian kumpulan Res Q.

Komposer yang terkenal dengan lagu Keranamu Suhaila dengan kumpulan Ways ini berkata, dia turut menghasilkan lagu Kakak Lawa dan Happynya Cuti bagi memperkenalkan Haikal sebagai penyanyi kanak-kanak berbakat besar.

“Semua lagu ini nyanyian solo Haikal dan turut dihasilkan dalam bentuk muzik video serta dimuatkan dalam YouTube. Saya turut tampilkan anak yang lain dalam video muzik ini.

“Peminat seusia Haikal sukakan lagu begini kerana liriknya menyentuh nilai kasih sayang dan kekeluargaan,” katanya.

Sementara itu, Haikal, 9, yang kini bersekolah di Sekolah Taman Tasik, Seremban berkata, dia gembira kerana bapanya tidak pernah menghalang minatnya dalam nyanyian.

“Dulu saya hanya menghafal lagu yang nak dinyanyikan tetapi sekarang sudah boleh membaca. Bahkan saya juga sudah ada Facebook sendiri untuk menghebahkan aktiviti seni kepada peminat.

“Diharapkan lagu saya akan jadi siulan rakan sebaya kerana kita kekurangan penyanyi kanak-kanak sekarang,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");