Jenayah

Lelaki maut langgar pokok

IPOH – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Satria yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok di Jalan Tambun berhampiran Dataran Sunway, di sini, semalam.

Mangsa, 20, dari Taman Hiburan, Ulu Kinta yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tambun menghala ke Tanjung Rambutan.

“Bagaimanapun, mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar tiang serta pokok di sebelah kiri jalan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa adalah kenderaan yang dilaporkan hilang di sini baru-baru ini.

“Nombor pendaftaran kereta yang dipandu mangsa adalah palsu kerana menggunakan nombor pendaftaran kereta Perodua Kancil.

“Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");