Jenayah

Letupan Bukan Perbuatan Keganasan – Polis

SERDANG: Letupan di sebuah pusat hiburan di IOI Boulevard yang menyebabkan lapan cedera bukan berpunca daripada perbuatan keganasan, kata polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata polis sedang menyiasat sama ada serangan itu didorong persaingan perniagaan, dendam atau jika suspek mensasarkan individu tertentu di dalam premis tersebut.

Katanya kes itu sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.

Difahamkan pengunjung di premis tersebut sedang leka menonton perlawanan kelompok 16 pasukan terbaik antara Itali dan Sepanyol ketika letupan berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi Selasa.

Abdul Rahim mengesahkan letupan itu disebabkan bom buatan sendiri.

Empat lelaki dan empat wanita termasuk seorang pelancong China dihantar ke Hospital Serdang dan Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");