Sukan Hari Ini

Lin Dan kecut perut

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara Zulfadli Zulkiffli (gambar) hampir melakukan kejutan terbesar kariernya ketika bertemu jaguh China, Lin Dan pada pusingan pertama Terbuka Indonesia sebelum tumpas dalam pertarungan tiga set.

Lin Dan yang hadir sebagai pilihan ketiga kejohanan langsung tidak mendatangkan gerun buat Zulfadli selepas kali pertama kedua-dua pemain bertemu namun pengalaman menjadi jurang apabila bekas juara remaja dunia itu tumpas 21-16, 18-21, 16-21 di Istora Gelora Bung Karno semalam.

Menurut Zulfadli, dia sangat gembira apabila beraksi dan memperoleh rentak permainan sendiri ketika berdepan Lin Dan yang juga masih belum pernah muncul juara Terbuka Indonesia.

“Saya kalah dari segi pengalaman, kekuatan dan kepantasan dimiliki Lin Dan. Dia memang bagus tapi saya gembira dapat mencuri satu set,” kata Zulfadli ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, dia akan berlatih dan kerja lebih kuat lagi, paling penting memperoleh keyakinan untuk bertemu pemain 10 terbaik dunia.

Sementara itu, Datuk Lee Chong Wei seperti dijangka tidak berdepan masalah melepasi halangan pemain India Sameer Verma apabila menang 21-11, 21-13.

Bagaimanapun, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin terkandas selepas tumpas 10-21, 19-21 kepada Marc Zwiebler dari Jerman.

Pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Berry Angriawan-Rian Agung Saputro 21-17, 10-21, 21-15.

Mereka akan menentang pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang memperoleh kemenangan percuma selepas wakil Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang menarik diri.

Beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tidak berdepan masalah ke pusingan kedua selepas menumpaskan Della Destiara Haris-Rosyita Eka Putri Sari 21-19, 21-14 dan mereka akan bertemu pilihan kedua, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");