Perak Hari Ini

LPG: KPDNKK Umum ‘Perang’ Habis-Habisan

KUALA KANGSAR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memerangi habis-habisan mereka yang digelar ‘pengkhianat negara’ dalam ketirisan isu Gas Petroleum Cecair (LPG).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata,terdapat kumpulan yang menimbulkan persepsi seolah-olah kerajaan tidak melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat penting.

“Ada dua jenis rakyat dalam negara kita. Pertama adalah rakyat yang berhemah dan bertanggungjawab bersama-sama untuk membuktikan bahawa kita saling membantu untuk tidak membenarkan sindiket ini melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

“Kedua ialah rakyat yang saya panggil sebagai ‘pengkhianat negara’. Mereka ini hanya memikirkan tentang kepentingan mereka sahaja untuk mencari keuntungan,”katanya ketika ditemui semasa program Himpunan Pengguna Bersama KPDNKK di Sayong Resort, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, dari tahun 2015 sehingga ke tahun ini, pihaknya telah menangkap ramai kumpulan sindiket ini dengan jumlah rampasan melebihi RM20 juta.

Hamzah turut berkata, pihaknya juga telah memikirkan satu mekanisma baru supaya selepas ini, sindiket tersebut tidak akan mempunyai peluang untuk mendapat keuntungan besar dengan penyeludupan LPG.

“Saya akan umumkan mekanisma ini setelah ianya diterima oleh Majlis Kabinet pada mesyuarat tidak lama lagi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");